Sunday, 10 May 2015

#REUNION97 [1MEI2015] part2.

So hai guys sorry lah lambat sikit publish mak furning memikirkan masa depan ni ceh ahahaha ok so kitorang sampai dalam 6.30 ke 6.45 camtu a kan hm mangat betul aku pikir masa dia en hahahaha aku, zatul dengan farhana kena turun untuk check in rumah laki ni sebab diorang mana reti independent ceh tak lah saja je aku kena turun sebab nak tukar rumah nama aku dengan nama nu'man. Lelaki booked Sunflower House hm boleh lah google sendiri sebab tokleh bagi pendapat sendiri maklung lah bukan kami yang duduk situ tapi inshaaAllah semua nya baik baik aja :') so here's the link boleh klik sini untuk maklumat lanjut ceh mangat aku google tadi ahahaha 

So, lelaki punya kisah habis dah lepas check in diorang masuk rumah en oh yeah lupa nak cerita. Ada dua orang membe kitorang yang naik motor dari kl mangat ha nak datang mereka lambat sikit lah kan sebab kerja hm takde lah lambat sangat pun namanya; Imran dan Ihsan ceh macam apa je aku kenalkan hahahahaha 

Ok so kita gerak rumah perempuan pulak, rumah kitorang ni tanah lot tau kiranya memang banglo seketul je kat situ hahahaha nak carik dia peh payah kemain mula mula tengok alamat macam senang macam dekat sebab lelaki PJ 6 perempuan PJ 17 ha lebih kurang macam tu lah kiranya macam mudah lah kan satu taman jugak. Lepas tu, bila call call orang tu dia kata teruss masuk kanan then, kitorang pun terus tapi tokleh belok kanan sebab dah highway kitorang yang depan tu (aku, fana, zatul) macam "Oh, OKAY" -____-

Tiba tiba syariha si kepoh ni datang pulak depan, sebab macam nak caring en kenapa keluar highway balik. Fana apa agi teruskan lah dengan gebang dia tu kata yang kita balik kl sebab rumah dah tokleh check in lah apa lah hahahah mula mula dia try nak gebang satu bas macam tak jadi tau sebab orang belakang macam palau so, dia amek chance nak gebang syariha sorang hahahahah sian gila syerry tapi kejap je lah sebab tak sampai hati tengok muka innocent dia tu kahkahkah

Lepas dah tanya orang orang kat kawasan perumahan tu, dia pun kata lah "Ha sikit je lagi ni nak sampai depan tu simpang pastu depan tu lagi masuk" kitorang memang mangat a sebab nampak masa depan cerah en nak sampai dah ni memang nak berebut bilik air rebut bilik lagi hahahaha aduh rindu tapi bila sampai kat simpang tu, semua rumah teres biasa tau tapi kami macam nampak lah ada rumah besar kat hujung jalan. Dah halfway jalan tu TIBA TIBA ada anjing cenonet tu ikut belakang ala yang warna putih tu lidah dia tekelua kelua tu ha pandai yang tu lah aduh cuak gila! Dah lah nak carik rumah tak jumpa dengan anjing gong gong ni lagi ya Allah dugaan!! T_T so kitorang pun jalan dengan pantasnya pusing kat bas balik

Rupanya salah simpang! Sakai betul rumah lot kami ni betul betul depan lagi satu simpang tu haih tak cakap awal awal dah kena kejar anjing baru nak habaq mai buatpa hahahaha bila sampai je depan rumah tu peh indahnya ciptaan Allah!! Ya Allah rasa nak nangis tau dak cantik sangat rumah tu, besar gila, mewah sangat rasa macam nak buat shooting pun ada gak hahahaha best mat. Tapi cam sakai sikit a aku dah lah busy dok carik bagasi aku kat bawah bas tu kena pulak handle otak otak si abdul tu en haih abang gerammmmm 


VILLA ABADI KESAYANGAN KAMI
Kalau nak tau cemana nak booked semua boleh google lah "Villa Abadi Melaka" inshaaAllah lah kelua yang ni takpe kalau tak jumpa apapa hal boleh pm (private message) takde hal punya :) tapi serius rumah ni besar & mewah sangattt. Dia ada 7 bilik peh semua besaq besaq bakhang boleh main pingpong dalam tu siap aircond lagi tapi apapa hal pun bilik aku dengan farhana paling special kateko AHAHAHAHAHAHA k dah biasa je tak lawak mana pun

Lepas dah solat, siap siapkan diri semua gerak lah keluar untuk bbq (ohyeah!) Ha btw, makanan kitorang kat sini family farhana yang tolong iaitu; pokcik hamzah dengan cik yan. Peh makanan dia memang mantop kalau nak boleh pm lek lek jangan nangis :'D

Of course lah aku mangat en nak bakar otak otak sebab apa? Sebab hatimu hatiku jua peh lawak ni dah lapuk do sape tah yang ajar benda tak lucu camni habis blog aku tak jadi mudah terhibur dah mudah terhambar je lah pasni hm apa aku merepek sakai k perenggan seterusnya please

Sedang family farhana busy masak membakar dibantu alia yasirah, aishah zafirah, nadiah, nurin, halimah hm ramai lagi lah kat luar, kami kat dalam pun busy nak sambut birthday seseorang. Hm takde lah busy sangat. Kitorang saja je tiup belon biar nampak meriah, bukan untuk birthday sesiapa pun. Hm bukan. BUKAN. K sorry #sisgeram. Time tu lah ada pertandingan tiup belon paling cepat lah, siapa cepat ikat belon lah tapi semua tu ada satu pemenang je iaitu siapa lagi kalau bukan heroin kita paling annoying abad ini, Amy Kirana the Helang :3 hahahahaha sumpah laju do dia hahahah rindu lah hm aku, sakinah, mariam asyik kalah je dih mat ngat
  
Dok sibuk main main tu baru perasan yang budak lelaki dah mai dah hm kitorang takde lah anti budak laki tau, tapi macam entoh ler tokleh nak ngam. Dia boleh macam tu macam tu je lah kalau nak harap diorang ajak selfie sekali memang dok aih huhu. Patu dengan perasaan yang gementar ramai ramai kelua amek selipar patu kelua ikut pintu belakang hahahaha sanggup seh daripada merempuh budak laki 


Mokcik yan and the family ada bawak macam tikar lah lebih kurang dia bentang, patu kami pun laypark lah atas tu ramai ramai. Makan... makan... amek gambo... makan... makan... bakar... kipas... patu pishang. Apa lagi memang plan nak main game lah kan ramai ramai, truth or dare (ceh macam berani) ke unsur sebatian ke ye lah sebab kitorang pun taktau sangat siapa je budak laki yang pergi dan diorang pun taktau sangat siapa je budak pmpuan yang pegi. Jujur lah aku nampak badri time incident dekat pagar sekolah tu je (sorry bad) time reunion sedang berjalan memang tanampak sungguh huhu aneh 
  
Tapi macam biasa lah budak lelaki tanak main dan macam biasa lah budak pompuan akan polak hahahaha  
sambil bakar sambil polak lagi lagi hanani hahahaha (banyak nama kau aku sebut ni)

Dalam pukul 12 macam tu budak laki macam dah gerak balik, sedangkan otak otak masih banyak yang belum dibakar dan ayam mak fur hm maksud aku mak farhana masih banyak yang tak habis lagi. Kitorang pun macam mana adil kalau budak laki nak balik macam tu je tanpa rasa penat lelah membakar otak otak ni en peh bahang dia memang menusuk kalbu kateko so, kitorang pun suruh lah diorang bakar. Ye lah aku ingat lagi iman kata, malam malam mesti budak laki lapar. Maka, kami dengan perasaan berbesar hati kirim lah otak otak serta ayam ni kat depa


 

Sambil sambil tu budak perempuan ada lah main musical chair sikit tapi memang dahsyat a pompuan dalam 20 orang kerusi berapa kerat je letak kat situ hahaha aku main dah jatuh jatuh entah lah gemuk sangat kot huhu T.T so aku jadi orang yang merakam je lah detik detik manis tu tapi kitorang tak main habis pun sebab dah kena masuk rumah buat pelindung sikit lelaki duduk luar je lah bakar bakar tu

Lepas selesai bakar bakar semua budak laki pun dah balik kitorang teruskan aktiviti kitorang iaitu, sesi luahan perasaan hm beat beat truth or dare lah tapi semua orang memang kena truth je hahahahaha ideo oleh ; Halimatul Basyirah. Uish ideo pulak hahahaha beng (ong). Lepas tu mulalah sesi tukar tukar hadiah hahahaha kibut gila kot. Kitorang guna idea alia yasirah (kembar dia alia yasarah takde dia dekat perth lagi huhu) iaitu cabut nama je ha takyah nombo nombo so lagi senang lah kan. Lepas dah tengok nama tu hahahahahahahhaha ya Allah kabut dia lain macam ye lah sebab kena pergi dekat tuan punya hadiah tu kan mula mula macam malu lah sebab macam gegeh kit tapi lama lama macam lantok lah biaq pi depa

Ada yang dapat bantal, shawal, buku, cermin, beg, selipar dorm tu, haih macam macam lagi lah. Aku dapat hadiah dari Atiqah Syuhada huhu thanks syusyu. Amy si helang tu pulak dapat hadiah aku maaf ler simple ngat. Tapi apapa pun hadiah nya kami sukur dan seru banget sebab dapat spend time sama sama ya Allah happening ngat tau :DD 

Akriviti tak habis kat situ je nama pun jemah memang borak lah cite dia aku lepak dengan syazana, hanani, jatul sape ek lagi dalam bilik tu tak ingat hahaha tapi aku punya limit sampai 2 lebih je tak macam syazana pukul 4 baru tidur peh penjemah tegar. Kalau hal budak bilik bawah kitorang taktau sangat ye lah sebab kat bawah kan; mimi, izzah, humaira', farhani, dayah omar, wani saufi, tot. Betul kan? Maaf lah kalau terkurang orang. 

Ok untuk hari yang seterusnya akan disambung pada entry yang seterusnya (#REUNION97 [2 MEI 2015])

rindu lah weh

No comments:

Post a Comment